Pertandingan ratu cantik

Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan. Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.

“Inilah Miss Malaysia”….tetamu bertepuk sambil bersorak

“Inilah Miss India”….sorakan bertambah gemuruh

“Inilah Miss China”….semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul

Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang. Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.

Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata “Err..dan yang ini pula,…Miss understanding”…

Advertisements

Kisah Suami dan Isterinya

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang…

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu… kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie… begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar… tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah…bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu… .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)… sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takde sikit je bang… cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe:Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua… selang beberapa bulan
selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga… 2 tahun
kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak
mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman…

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman… kat Jepun adalah… apa lah awak nie

Isteri: Kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie… cakaplah betul2

Suami: Apo kono eh dongan ekau nie… dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu… .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu… .yang mengado-ngado nak jadi bintang tu buek apo

Isteri: Abe nie tok supo dulu… .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi…

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do… .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut… .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah…

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie… .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

Penjual Telur

Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”
Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”
Pembeli: “Telur ayam.”
Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”
Pembeli: “Ayam biasa.”
Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”
Pembeli: “Yang tempatan.”
Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”
Pembeli: “Yang Ipoh lah…” (Sambil terlihat kesal).
Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau Selatan?”
Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”
Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.

Tugu Peringatan

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan di kuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumiaan pun berjalan dengan lancar.

Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia.Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata di kuburnya bagi mengenang jasa? beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar

Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya.

“Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi ” kata si doktor.

“Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu,” kata lelaki itu.
“Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu” jawap si doktor itu.
“Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti” kata lelaki itu.
“Mengapa pula ?” tanya doktor tersebut.
“Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin” jawap lelaki itu sungul…

Adik Beradik

Di sebuah sekolah tadika, seorang guru sedang menyoal anak muridnya..

Cikgu: “Ijoi, awak ada berapa orang adik-beradik?”
Ijoi : “Ada tiga, cikgu.”
Cikgu: “Awak yang paling tua, ke?”
Ijoi : “Bukan saya, datuk saya…”.

sURAT cINTa

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald’s, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Pelancong yang Sombong

Satu hari seorang pelancong USA dengan eksyennya menyewa teksi untuk melancong di KL. Pemandu teksi itu membawanya ke Menara Daya Bumi. Mr John inilah menara Dayabumi..dibuat dari mammar putih.. bila malam ia berkilauan…kami ambil masa setahun untuk menyiapkannya..kata pemandu teksi dengan bangga.

Ceh..kalau di USA..bangunan ini kami boleh siapkan dalam masa sebulan sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya. Pemandu teksi tadi terkedu. Untuk menunjukkan kecanggihan KL pelancong tadi dibawa ke Menara KL. Mr John inilah Menara Telekomunikasi yang canggih. Kami mengambil masa err…dua bulan untuk menyiapkannya.

Kata pemandu teksi sambil menyerkap jarang untuk melawan keegoan pelancong USA tadi.Oh…kalau di USA bangunan ini dapat disiapkan dalam masa dua minggu sahaja. Kata pelancong tadi dengan belagaknya.

Merah padamlah pemandu teksi tadi. Sambil memandu pemandu teksi tadi terus meluncur melintasi KLCC. Sambil bersiul pemandu teksi tadi tidak berkata apa-apa pun melainkan terus memandu.

Pelancong tadi dengan tersengih…menyindir..Che Mat…berapa lama masa diambil oleh negara kamu untuk menyiapkan bangunan itu. Kata pelancong tadi sambil menunjukkan kearah KLCC.

APA? kata pemandu teksi tadi…mana bangunan?kata Pemandu itu lagi kehairanan. Itu..yang tinggi tu..Kata pelancong tadi sambil menunjukkan KLCC. La……Usupadora…entahlah Mr John…semalam saya lalu kat sini takda pulak bangunan ini . Bila pulak bangunan ini tumbuh…his..impossible. Kata pemandu teksi itu sambil mengerutkan muka. Mr John terdiam sambil menyesal.