Sajak Merdeka 3

Merdeka

Kita bangsa Malaysia,

Harus berbangga,

Atas jasa bakti pahlawan kita,

Yang telah gugur di medan perang.

 

Tanpa mereka,

Kita akan merana dijajah,

Tanpa mereka,

Kita tak akan hidup bebas.

Muhammad Syafiq Zikry

Sajak Merdeka 2

Merdeka

Merdeka,

Tanpamu Malaysia sengsara,

Tanpamu juga Malaysia tak akan maju,

Kepada pahlawan yang gugur di medan peperangan,

Terima kasih kami ucapkan.

Merdeka,

Negara Malaysia semakin teguh,

Tidak kira bangsa atau agama,

Ia tetap teguh hingga ke akhirnya.

 

Merdeka,

Namamu kusanjung,

Hingga kini negara aman tanpa porak peranda,

Selama 51 tahun engkau bertahan,

Merdeka tetap diingatan.

Mohd Arif Daniel

Sajak Merdeka 1

Sajak Merdeka

Perhatikan negara yang huru-hara,

Palestin , Iraq dan Cambodia,

 

Kita haruslah menjaga maruah,

Negara kita yang tercinta.

 

Kita Patut bersyukur,

Atas kemerdekaan negara kita ini.

 

Kita bangsa Malaysia,

Haruslah berbangga,

Atas jasa-jasa bakti pahlawan kita,

Yang telah gugur di medan perang,

Berkorban demi bangsa dan negara.

 

Tanpa mereka, kita merana.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mohd Shafiq Ikwan b Azmi

KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, “Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”
Berkata Anas bin Malik, “Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?”

Sabda Rasulullah S.A.W, ” Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat.”
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur’an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.
Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur’an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur’an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur’an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.

OBELISK TUTHMOSIS III

Obelisk ialah sebuah monumen yang melambangkan matahari dalam kepercayaan zaman Mesir kuno. Obelisk terdiri daripada sebatang batu yang berdiri teguh, berbentuk segi empat dan runcing dibahagian atas. Oblisk berusia lebih daripada 3,500 tahun dan dicipta oleh Tuthamosis III.

Obelisk umumnya diperbuat daripada batu granit merah, syenit atau monolitik. Ia dipercayai dibina sekitar tahun 1504 hingga 1450 sebelum Masihi. Kebanyakan obelisk terdapat di Mesir terutamanya di An atau On, pusat kota matahari. Bagaimanapun, di Mesir hanya satu Obeliks sahaja yang masih wujud. Obeliks ini dibangunkan pada masa pemerintahan Sesostris I ( 1971-1928 Sebelum Masihi ).

Obelisk Mesir yang paling besar telah dipindahkan ke Rom dan sekarang ditempatkan di Medan San Giovanni, Laterno. Ia dibawa dari Thebes ke Iskandariyah, lebih kurang 330 Sebelum Masihi oleh Constantine the Great. Dari sana, ialah dibawa ke Rom dan ditempatkan di Circus Maximus. Obeliks ini berukuran lebih kurang 36 meter tinggi dan kira-kiranya 455 tan matriks berat

Obelisk di Central Par, New York dan di Thames Embankment, London dikenali sebagai Cleopatra Needles. Pada asalnya public ini dijumpai di rumah berhala Ra di Heliopolis, Iskandariyah, Mesir. Ialah dipercayai dibina semasa pemerintahan Tuthmosis III antara tahun 1490 hingga 1436 SEbelum Masihi. Ia mula dibawa dari Heliopolis melalui Rom pada abad ke 13 hingga ke 12 Sebelum Masihi. Kedua-duanya berukuran 21 meter tinggi dan 2.1 hingga 2.5 meter persegi lebar pada bahagian bawah.Berat setiap Obeliks dianggarkan kira-kira 200 tan matrits.

Ditulis: Nurul Nabila dan Nurin