Lawak Pak Pandir Moden

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

“Panasnya dalam helikopter ini …”.

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
“Mahu tak panas tuan …kipasnya besar …tapi di luar …”

HANDPHONE

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone …
“Wah Pak Pandir …ada handphone …ada coverage ka dekat sini …?”

Jawab Pak Pandir: “Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage”

KONDOM

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
“Doktor, doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak, tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak saya.”

Tanya pegawai kesihatan:
“Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?”

Jawab Pak Pandir:
“Saya pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)…”

PETAI

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu …

“Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah…RM20 sahaja.”

Tanya lelaki berkenaan : “Berapa longok semuanya?”

Jawab Pak Pandir : “Semuanya 20 longgok …”

CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti …
“Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : “Cuti seminggu …oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : “Kenapa dua minggu cuti?”

Jawab Pak Pandir : “Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s