Pantun Raya 2

Penat sungguh membuat sekaya,

Tepung pelita tolong hidangkan,

Merdu sungguh takbir raya,

Marilah kita ke rumah Tuhan.

 

Pasang pelita belakang almari,

Janganlah lupa memasang tangkalnya,

Sambil kita memuji Ilahi,

Panjatkan doa pada yang tiada.

 

Makan akak bersama toyol,

Buah pala di panah petir,

Bila memasak kuih dan dodol,

Jangan pula kita membazir,

 

Kuih raya banyak jenisnya,

Silap cekau perut merana,

Jangan hanya bersalam saja,

Duit dan angpau turutlah serta.

 

Budak-budak main mercun,

Jangan sampai terbakar tangan,

Di Aidilfitri kita berhimpun,

Hulurkan tangan meminta ampun.

 

Anak zirafah dimakan buaya,

Buaya Tain makan kelapa,

Bila makan juadah raya,

Yang miskin jangan dilupa.

 

Ayam togel masak lemang,

Itik serati masak ketupat,

Hari raya hampir menjelang,

Kunjung-mengunjung menjadi adat.

 

Air cuka tumpah dianjung,

Anak sembilang buat hiasan,

Rumah terbuka mari berkunjung,

Makanan terhidang tolong habiskan.

 

Buah kedudu dibuat tepung,

Untuk berjimat di hari raya,

Bila memandu pulang ke kampung,

Sentiasa berhemat di jalan raya.

 

Sudah tiba Hari Raya,

Setelah kita sebulan berpuasa,

Hari Raya di sambut gembira,

Jangan pula ada yang berduka.

 

Pagi raya semua gembira,

Berjalan bersama rakan dan taulan,

Ketika enak menjamu selera,

Orang yang tiada jangan dilupakan.

 

Makan roti cicah kelapa,

Kelapa di beli dari buana,

Resah di hati gundah gulana,

Duit kami bagaimana?

 

Anak gorila gagah perkasa,

Amat terkenal di Kampung Sentosa,

Maaf andai terkasar bahasa,

Kami ucapkan Selamat Hari Raya.

 

Pohon saga juntainya berayun,

Dibuat galah mengait timba,

Timba berada  di dalam paya,

Warga Seri Geliga memohon ampun,

Silap dan salah jangan dicela,

Moga berbahagia di Hari Raya.

 

Selamat Hari Raya

Seluruh Warga SK Seri Geliga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin

Waktu Hidup tinggal 10

Setelah memeriksa pesakitnya seorang doktor berkata
“Keadaan anda amat buruk. Anda hanya punya waktu hidup 10…”
“Sepuluh apa?, bulan, minggu, tahun, hari?”, tanya si pesakit gugup.
“9…8…7…6…”

Diari Seorang Wanita

Seorang wanita muda sedang menikmati perjalanannya dalam kapal persiaran. Dia sangat mengkagumi kemewahan kapal itu. Baru pertama kali dia melihat kapal seperti itu. Untuk mengenang perjalanannya dia menulis apa yang berlaku di dalam diari.

12 April:
Aku bangga kerana naik kapal semewah ini. Akan ku ceritakan pada semua temanku.
Sayangnya aku belum mengenali kapten kapal ini. Mungkin dia sangat tampan dan gagah seperti kapal ini. Kalau betul akan semakin menariklah ceritaku dan mereka akan cemburu.

13 April:
Hari yang bertuah … Aku berkenalan dengan kapten kapal dan ternyata dugaan ku benar …. Dia sangat gagah dan tampan …aaah beruntungnya aku.

14 April:
Tanpa ku duga kapten mengajak ku makan malam dan ….. alamak dia juga sempat memuji kecantikan ku ….. Aku bangga.

15 April:
Dia mengajak ku makan malam lagi. Kapten ternyata nakal juga … dia mula berani mengajak ku ‘bercinta’ dan menunggu jawapan ku esok.

16 April:
Dia menagih janji ….. dengan jual mahal ku tolak dia mentah-mentah. (Dia ingat aku nie apa…) Dia malah mengancam akan menenggelamkan kapal beserta 1200 penumpangnya.

17 April:
Pagi yang cerah ….. aku bangga kerana berjaya menyelamatkan nyawa 1200 penumpang.

Lupa Jalan Pulang

Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan.

Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelifon Doktor Sin Chan.
“Tapi sayer ader masalah besar nih….” katanyer.
“Apa masalah awak?”DOKTOR BERTANYER…..
“Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,….saya berada 480km dari umah……..

Tahukah Anda?

1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera.

4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin.

5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot)

6. Tahukah Anda kedua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama.

7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet.

8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya.

14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk
menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh
kawan kita.

15. Tahukah Anda……. tahukah anda………. tahukah anda……….
walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tak ada gunanya.

Janda yang Dahaga

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami…. Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya… Walaupun…. hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam… Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu…

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi…. beliau bangun dari katilnya… badannya terasa panas…. tekaknya terasa haus…. beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,… sampai saja didapur… beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk…. beliau tuang kedalam cawan dan meminumya… Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula… Sekian… Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga………..

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha…haa…haaa….