Majlis Warga Pendidikan Bersama Menteri Besar Terengganu

Tarikh : 07 OGOS 2008

Masa : 1430

Tempat: Dewan Dato’ Seri Amar Diraja Majlis Perbandaran Kemaman

Pendahuluan

* Tugas pendidikan merupakan amanah yang besar bagi setipa pendidik dan warga institusi penidikan.

* Program-program pendidikan ini amat perlu diperkasakan seperti yang disarankan alam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP 2006-2010)

* Oleh itu hubungan erat di antara pemimpin dan warga pendidikan perlu disepadukan.

Objektif

* Berusaha memperkasakan program pendidikan

* Mengeratkan kerjasama antara pemimpin dan warga pendidikan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan.

* Mengeratkan hubungan antara pemimpin dan warga pendidikan

Ucaptama Yang Amat Berhormat Dato’ Ahmad bin Said D.P.M.T Menteri Besar Terengganu menggariskan amanat kepada semua pendidik di Terengganu:

1.Pencapaian Cemerlang Mesti diTeruskan – Pencapaian cemerlang sejak tujuh tahun yang lalu mesti diteruskan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.Ini bagi menjamin sekolah melahirkan pelapis yang berterusan bagi merealisasikan matlamat wawasan 2020.

2.Perubahan Taraf Hidup-Tidak ada cara lain yang mampu mengubah cara hidup dan membasmi kemiskinan melainkan melalui pendidikan.Oleh itu, pendidikan hendaklah ditekankan sejak dari kecil lagi.Bangsa yang mempunyai ilmu tidak mudah ditipu dan menjadi pemimpin bagi yang lain. Si buta makanan si celik.

3.Pendidikan Bukan Statik-Pendidikan bukan proses yang statik dan beku.Ia berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi dan perubahan zaman.Siapa yang tidak mengikuti perkembangan semasa dia akan ketinggalan.Begitu juga bangsa yang yang tidak mahu berubah akan ditelan arus perubahan.

4.Tukar Sikap-Tukar sikap sambil lewa dan asal ada.Bangsa kita telah lama di buai kesenangan dan tidak mahu merebut peluang yang ada.Jika ini berterusan, lebih ramai yang akan menjadi Mat Rempit dan memenuhi Pusat Serenti.

5.Beri Komitmen – Warga pendidik harus memberi komitmen yang terbaik untuk membangun anak bangsa dan menjadikan Terengganu sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Terbaik di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s