Dirgahayu Malaysia

Sajak Perjuangan Yang Belum Selesai

Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 51, marilah sama-sama kita menghayati sajak yang ditulis oleh Tun Doktor Mahathir Mohamad

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.

Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.

Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Sajak Merdeka 3

Merdeka

Kita bangsa Malaysia,

Harus berbangga,

Atas jasa bakti pahlawan kita,

Yang telah gugur di medan perang.

 

Tanpa mereka,

Kita akan merana dijajah,

Tanpa mereka,

Kita tak akan hidup bebas.

Muhammad Syafiq Zikry

Sajak Merdeka 2

Merdeka

Merdeka,

Tanpamu Malaysia sengsara,

Tanpamu juga Malaysia tak akan maju,

Kepada pahlawan yang gugur di medan peperangan,

Terima kasih kami ucapkan.

Merdeka,

Negara Malaysia semakin teguh,

Tidak kira bangsa atau agama,

Ia tetap teguh hingga ke akhirnya.

 

Merdeka,

Namamu kusanjung,

Hingga kini negara aman tanpa porak peranda,

Selama 51 tahun engkau bertahan,

Merdeka tetap diingatan.

Mohd Arif Daniel

Sajak Merdeka 1

Sajak Merdeka

Perhatikan negara yang huru-hara,

Palestin , Iraq dan Cambodia,

 

Kita haruslah menjaga maruah,

Negara kita yang tercinta.

 

Kita Patut bersyukur,

Atas kemerdekaan negara kita ini.

 

Kita bangsa Malaysia,

Haruslah berbangga,

Atas jasa-jasa bakti pahlawan kita,

Yang telah gugur di medan perang,

Berkorban demi bangsa dan negara.

 

Tanpa mereka, kita merana.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Mohd Shafiq Ikwan b Azmi

Apa Kata Mereka Tentang Kemerdekaan

31 Ogos merdeka bermula..laungan merdeka sungguh merdu…merdeka..merdeka..merdeka…Bersemangat melaungkan untuk merdeka..marilah kita menyambut merdeka dengan penuh semangat…Untukmu Malaysia..Terima kasih..Noor shahira

Hari Kemerdekaan sudah tiba..inginku tunggu saat-saat istimewa….Merdeka! Merdeka ! Merdeka! Marilah kita sematkan kemerdekaan dalam hati…Nurul fatihah

Tanyalah kepada mereka yang pernah hidup ketika zaman Jepun memerintah Tanah Melayu. Kesulitan, kezaliman, ketakutan dan kemiskinan hidup yang dialami amat sukar untuk dilupakan sepanjang hayat. Segala gerak-geri rakyat diawasi oleh tentera Jepun. Mereka yang disyaki menentang  atau menyokong kuasa-kuasa lain akan menerima hukuman yang amat berat..Kini kita tak perlu takut lagi..kerana kita sudah merdeka..Sheera Suraya

Kemerdekaan bermakna sesebuah negara itu mendapat kebebasan untuk memerintah rakyat sendiri. Kemerdekaan bermakna sesebuah negara dapat menentukan hala tuju yang ingin dibawa demi kemajuan rakyat tanpa perlu mengikut telunjuk pihak-pihak lain. Kemerdekaan juga bermaksud pemerintah berhak melakukan apa jua yang boleh membawa kebaikan kepada rakyat.Ain Nabila

 

Hari Kemerdekaan sudah tiba..ingin ku sambut salam kemerdekaan dengan kesyukuran dan keinsafan. Syukur kerana kita tidak perlu lagi menderita..Insaf dengan pengorbanan besar yang telah dilakukan oleh wira-wira negara demi mencapai kemerdekaan.

Noor Azmawei

 Saya tidak akan melupakan jasa perajurit tanah air dan saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Malaysia cemerlang, gemilang, terbilang!Siti Nurhafizah

Kita haruslah mempertahankan tanah air kita, Malaysia dari dijajah semula kerana hampir 446 tahun kita pernah dijajah..Malaysia boleh..

Fatin Fazliana

 

 

Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah