P7

Cuaca buruk keluarlah ia,

Berlari pantas tiada bandingannya,

Ia dianggap sangat berbahaya,

Membakar membunuh tak kira siapa.

P6

Kecil besar beraneka bentuknya,

Persegi empat dan bermacam lagi,

Menangkap rupa adalah tugasnya,

Tekalah wahai saudara dan saudari.

P5

Kadangkala sangat berbahaya,

Memusnahkan harta mengorbankan nyawa,

Tapi juga berfaedah,

Untuk mencuci dan sebagainya.

P4

Bukannya kayu sebarang kayu,

Nipis lurus bentuk badannya,

Untuk menyukat tetapi setuju,

Penuntut sekolah sayang padanya

P3

Benda ini bermacam rupa,

Ada bulat keras pun ada,

Air temannya sangat setia,

Menghilangkan kotoran itu tugasnya.

P2

Ada satu benda berguna,

Khas untuk penuntut sekolah,

Gosokkan pada tulisan anda,

Tulisan hilang entah kemana.

Pantun Teka-teki

Teka-teki kita mulakan,

Untuk hiburan kita semua,

Sejenis benda tolong tekakan,

Menyembuh penyakit itu tugasnya.

Guru oh guru

Guru Oh Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Allahyarham USMAN AWANG
1979

Jellyfish

A jellyfish is 95 percent water!

(TEKA-TEKI)11

  1. Gajah lalu patah titi, semut lalu patah?(balik)
  2. Apa benda ikan di dalam, ayam di luar?(sardin cap ayam)
  3. Kambing apa yang orang cari?(kambing yang hilang)
  4. Kenapa tayar belakang motosikal lebih cepat haus dari tayar hadapan?(fikir bagaimana nak pintas tayar hadapan)
  5. Bagaimana nak tangkap burung yang banyak di atas pokok?(guna kamera)