|
PERATURAN-PERATURAN SEKOLAH |
|
1. KEHADIRAN |
|
1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib. |
|
1.2 Hadir ke sekolah hendaklah tidak lewat daripada masa yang ditetapkan. |
|
Waktu Datang |
|
*Sebelum pukul 7.30pagi |
|
Waktu Rehat |
|
*0915-1015 pagi-Tahun 1 dan 2 |
|
*1015-1045 pagi-Tahun 2 dan 3 |
|
*1045-1115 pagi-Tahun 5 dan 6 |
|
Waktu Pulang |
|
*Tahun 1,2,3 :Hari Ahad – 01.15 Petang |
|
Isnin- Khamis- 12.45 Tengahari |
|
*Tahun 4,5,6 :Hari Ahad-Selasa – 01.15 Petang |
|
Rabu, Khamis -12.45 Tengahari |
|
1.3 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah perlulah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan doktor atau surat daripada ibu bapa atau penjaga. |
|
1.4 Murid-murid dikehendaki terus masuk ke kawasan sekolah tidak dibenarkan berjalan-jalan atau merayau-rayau di pintu atau di luar kawasan sekolah. |
|
1.5 Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah selama tiga hari berturut-turut tanpa sebab atau pemberitahuan, akan dianggap ponteng sekolah dan diberi surat peringatan. |
|
2. PERHIMPUNAN SEKOLAH |
|
2.1 Perhimpuan sekolah adalah pada setiap hari Ahad. |
|
2.2 Perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah.Semua guru dan murid diwajibkan hadir. |
|
2.3 Semua murid dikehendaki ke tempat perhimpunan mengikut kelas masing-masing dalam barisan dengan tenang dan tidak bising. |
|
2.4 Apabila di medan perhimpunan, murid-murid beratur mengikut kelas masing-masing mengikut peraturan barisan rendah di hadapan dan tinggi di belakang. |
|
2.5 Ketua Kelas atau Penolong berdiri di hadapan. |
|
2.6 Semasa menyayikan lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah murid hendaklah menyanyi dengan penuh semangat. |
|
2.7 Semua murid hendaklah diam dan menadah tangan semasa bacaan doa. |
|
2.8 Semua murid dikehendaki mendengar dan memberi perhatian kepada ucapan yang disampaikan oleh guru-guru semasa perhimpunan. |
|
2.9 Semasa memasuki kelas murid-murid hendaklah kekalkan suasana yang tenang.Semua murid dikehendaki berdiri tegak dan berhenti berjalan ketika lagu negaraku ,negeri,sekolah dinyanyikan serta semasa doa dibacakan |
|
3.PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH |
|
3.1 Semua pelajar dimestikan memakai pakaian seperti yang telah ditetapkan oleh kementerian pendidikan. |
|
Lelaki -Seluar tidak ketat,tidak terlalu labuh dan tidak besar,berambut pendek. |
|
Perempuan- berbaju kurung tradisional yang tidak ketat, kain tidak terlalu labuh, singkat. |
|
3.2 Berkasut putih (kanvas) dan bersetokin putih. |
|
3.3 Memakai lencana sekolah adalah diwajibkan. |
|
3.4 Murid perempuan tahap dua diwajibkan memakai tudung putih(mini telekung) yang tidak mempunyai hiasan.Bagi Tahap satu-murid perempuan yang berambut panjang hendaklah diikat dengan kemas. |
|
3.5 Pemakaian barang kemas adalah tidak dibenarkan.Pihak sekolah tidak bertanggungjawab jika berlaku kehilangan. |
|
3.6 Murid hendaklah berpakaian sopan semasa di kelas maupun di luar waktu belajar. |
|
4.PENDIDIKAN JASMANI / KESIHATAN |
|
4.1 Murid dikehendaki memakai seluar sukan berwarna gelap dan baju T, kasut berwarna putih atau yang dijual oleh pihak sekolah dan berkasut. |
|
4.2 Murid perempuan tidak dibenarkan memakai tudung yang berwarna-warni.Hanya tudung yang berwarna putih. |
|
4.3 Semasa turun ke padang dan balik ke kelas, murid kehendaki dalam keadaan beratur. |
|
4.4 Pakaian untuk Pendidikan Jasmani hanya di benarkan pakai sehingga waktu rehat sahaja. |
|
4.5 Pakaian mesti ditukar di bilik persalinan yang disediakan sahaja. |
|
5.LALULINTAS |
|
5.1 Murid dikehendaki masuk dan keluar kawasan sekolah hanya melalui pintu yang ditetapkan sahaja. |
|
5.2 Tidak dibenarkan murid-murid mangambil jalan rentas dengan melalui pintu yang tidak dikhaskan, menyusup, melompat pagar sekolah atau melintas mana-mana kawasan larangan lalu lalang. |
|
5.3 Murid yang menaiki bas, hendaklah beratur semasa menaiki bas, jangan berebut-rebut dan jangan sesekali bermain di tangga. |
|
5.4 Murid yang berjalan kaki hendaklah mengikut di sebelah kanan jalan dan tidak bergandingan. |
|
5.5 Murid-murid yang berbasikal henaklah mematuhi peraturan jalanraya. |
|
6.BASIKAL |
|
6.1 Murid yang datang ke sekoiah dengan basikal pastikan mempunyai peralatan yang lengkap. |
|
6.2 Murid-murid hendaklah turun dan tolak basikal masuk ke kawasan sekolah sama ada waktu pagi atau petang. |
|
6.3 Letakan basikal di tempat letak basikal dengan elok dan tersusun. |
|
6.4 Semua murid dilarang berada di tempat letak basikal. |
|
6.5 Pastikan basikal telah dikunci sebelum ditinggalkan. |
|
7.KELAS |
|
7.1 Semasa berada di dalam kelas semua murid hendaklah diam/senyap. |
|
7.2 Semasa semua murid keluar atau masuk ke kelas hedaklah berada dalam barisan. |
|
7.3 Semua murid dikehendaki beratur di luar kelas di waktu pagi menadah tangan untuk mengaminkan doa. |
|
7.4 Waktu perhimpunan murid ke tempat perhimpunan dalam barisan mengikut kelas masing-masing. |
|
7.5 Semua murid hendaklah menjaga kebersihan dan keceriaan kelas masing-masing. |
|
7.6 Murid-murid juga patut menjaga keselamatan alatan yang ada di kelas mereka. |
|
7.7 Semua murid adalah dilarang mengalihkan kerusi atau meja dari satu kelas ke kelas yang lain kecuali dengan arahan guru serta mencontengnya. |
|
7.8 Kelas mestilah sentiasa kemas dan bersih. |
|
7.9 Pada satu-satu masa hanya seorang murid lelaki atau dua orang murid perempuan sahaja dibenarkan keluar dari kelas semasa belajar. |
|
7.10 Semua murid mesti mengamalkan sikap mengetuk pintu sebelum memasuki ke dalam kelas,bilik guru dan pejabat sekolah. |
|
8.KANTIN |
|
8.1 Murid dibenarkan ke kantin hanya di waktu rehat dan sebelum loceng pertama berbunyi. |
|
8.2 Murid hendaklah berbaris semasa membeli makanan. |
|
8.3 Selepas makan,sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan,pinggan kotor pula hendaklah diletakkan ke dalam besen yang disediakan. |
|
8.4 Semua murid dikehendaki menjaga kebersihan kerusi dan meja kantin. |
|
8.5 Semua murid dilarang berebut-rebut dan bising semasa membeli makanan. |
|
8.6 Semua murid dilarang membeli di tempat lain selain di kantin semasa berada di sekolah. |
|
9. IBUBAPA |
|
9.1 Ibu bapa dilarang meninjau atau memasuki kelas semasa murid-murid sedang belajar.Sebarang hal atau masalah sila rujuk kepada pentadbir sekolah. |
|
9.2 Kenderaan yang datang mengambil atau menghantar murid dilarang memasuki kawasan sekolah. |
|
9.3 Ibu bapa dan penghantar murid juga dilarang menurunkan murid dan penumpang di hadapan pintu pagar kerana menghalang guru yang hendak masuk ke kawasan sekolah. |
|
9.4 Sila pastikan murid dan penumpang dihantar sebelum 7.40 pagi. |
|
10. KELUAR SEKOLAH / BERTUKAR SEKOLAH |
|
10.1 Penjaga mestilah datang ke sekolah berjumpa dengan pihak pentadbir untuk mengisi borang pertukaran sekurangnya satu minggu sebelum tarikh pertukaran dikehendaki. |
|
10.2 Murid mestilah memberitahu guru kelas untuk menguruskan pemulangan buku teks dan lain-lain. |
|
10.3 Murid hendaklah berjumpa dengan guru bertugas jika ada masalah sama ada sakit atau sebagainya. |
|
10.4 Murid hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru bertugas pentadbiran untuk keluar dari sekolah. |
|
10.5 Murid hanya dibenarkan keluar bersama guru atau penjaga setelah memaklumkan kepada guru bertugas / pentadbir. |
|
11.BUKU TEKS |
|
11.1 Semua murid layak diberi pinjaman. |
|
11.2 Buku teks hendaklah dibalut dengan plastik dan dijaga dengan baik. |
|
11.3 Buku teks tidak boleh ditinggalkan di sekolah. |
|
11.4 Buku-buku rosak atau hilang mestilah diganti. |
|
11.5 Buku hendaklah dipulang semula pada masa yang ditetapkan. |
|
12. WAKTU REHAT |
|
12.1 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas. |
|
12.2 Murid mestilah beratur sewaktu membeli di kantin. |
|
12.3 Pembalut kertas atau plastik hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. |
|
12.4 Segala peralatan seperti sudu/garfu dan sebagainya hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan setelah menggunakannya. |
|
12.5 Pengawas hendaklah menjalankan tugas yang ditetapkan. |
|
13.PERATURAN KE TANDAS |
|
13.1 Murid yang hendak ke tandas mestilah mendapat kebenaran guru atau ketua ketua kelas dan hendaklan memakai kad kebenaran keluar. |
|
13.2 Murid hendaklah menanggalkan kasut di luar tandas dan menggunakan selipar tandas yang disediakan. |
|
14. KELAS TAMBAHAN |
|
14.1 Murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah semasa menghadiri kelas tambahan kecuali kelas malam. |
|
15. PERATURAN DI SURAU |
|
15.1 Murid dilarang membuat bermain atau membuat bising di surau |
|
15.2 Jaga kebersihan surau |
|
15.3 Sidai /lipat sejadah atau telekung sembahyang atau kain pelikat selepas digunakan. |
|
16. KEGIATAN KOKURIKULUM |
|
16.1 Murid-murid tahap 2 diwajibkan mengikuti satu kegiatan unit uniform dan satu kegiatan ko akademik/kelab/persatuan. |
|
16.2 Datang pada masa yang ditetapkan (jangan terlalu awal) dan terus pulang ke rumah setelah selesai aktiviti. |
|
16.3 Pakai pakaian yang dikhaskan sesuai dengan aktiviti. |
|
16.4 Setiap murid diwajibkan menjadi ahli rumah sukan dan mengambil bahagian sekurang-kurangnya satu acara sukan yang dianjurkan(sekiranya ada) |
|
17.PERATURAN-PERATURAN AM |
|
17.1 Semua murid dikehendaki menghormati semua guru dan kakitangan sekolah |
|
17.2 Sebelum loceng pertama dan loceng naik rehat berbunyi, murid dilarang daripada bermain di luar kawasan sekolah dan dalam bilik darjah. |
|
17.3 Murid yang hendak keluar dari kawasan sekolah semasa waktu persekolahan mestilah mendapat kebenaran dari guru bertugas harian terlebih dahulu |
|
17.4 Murid yang terjumpa duit atau barang berharga di kawasan sekolah hendaklah menyerahkannya kepada guru bertugas harian. |
|
17.5 Murid dilarang mengambil/mencuri/merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kakitangan sekolah dan murid-murid lain. |
|
17.6 Murid-murid dilarang menconteng dinding sekolah, kelas, bilik air dan tandas. |
|
17.7 Murid-murid dilarang membazirkan elektrik dan air. |
|
17.8 Murid-murid dilarang membawa sebarang alat permainan ke sekolah kecuali dengan arahan dari guru. |
|
17.9 Murid-murid yang menghadapi masalah di sekolah seperti sakit semasa belajar, dibuli oleh murid lain, kehilangan barang atau lain-lain masalah hendaklah melaporkannya kepada guru kelas masing-masing dengan segera. |
|
17.10. Sebelum meninggalkan kelas, pastikan semua lampu dan kipas diputuskan litarnya terlebih dahulu. |
|
17.11. Buku-buku perpustakaan hendaklah dijaga dengan baik, tidak meroskkan , menconteng dan menghilangkannya. |
|
17.12. Buku-buku yang dipinjamkan hendaklah dipulangkan mengikut arahan. |
|
17.13. Murid diwajibkan hadir untuk aktiviti ko-kurikulum |
|
17.14. Setiap murid diwajibkan membayar bayaran tambahan yang ditetapkan oleh pihak sekolah pada masa mendaftar atau pada masa-masa yang ditetapkan. |
|
17.15. Semua pelawat/penjaga mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah sebelum menemui murid demi keselamatan murid-murid. |
|
17.16. Penggunaan pensil makanikal adalah DILARANG SAMA SEKALI |
|
17.17. Murid- murid adalah TIDAK DIBENARKAN membawa TELEFON BIMBIT ke sekolah |


































Kenapa tak boleh guna pensil mekanikal?Ada bpekeliling ke?
Aku rasa ada sebab bila peraturan sekolah melarangkan penggunaan pensil mekanikal.mungkin akan menyebabkan kecederaan sebab benda tajam(contoh:mata pensil,batang pensil yang dah patah,’peluru’nya).Happy Holiday:-]
tak best lah ! kalau tak guna pensil mekanikal….tapi haruslah berhati-hati juga semasa gunakannya…
ter ingat pulak…..tahun lepas cikgu bagi bawe psp gi skoloh