(TEKA-TEKI)11

  1. Gajah lalu patah titi, semut lalu patah?(balik)
  2. Apa benda ikan di dalam, ayam di luar?(sardin cap ayam)
  3. Kambing apa yang orang cari?(kambing yang hilang)
  4. Kenapa tayar belakang motosikal lebih cepat haus dari tayar hadapan?(fikir bagaimana nak pintas tayar hadapan)
  5. Bagaimana nak tangkap burung yang banyak di atas pokok?(guna kamera)

(TEKA-TEKI)10

  1. Rambut apa yang boleh dimakan?(rambutan)
  2. Batu apa yang boleh dimakan?(jambu batu)
  3. Kasut apa yang paling berat?(kasut bata)
  4. Tumbuhan apa yang ada tiga nama?(padi,beras,nasi)
  5. Haiwan apa bertulang satu?(sotong)
  6. Kuda apa yang makan kelapa?(kuda kayu)

(TEKA-TEKI)9

  1. Hitam bersih, putih kotor..apa dia?(papan hitam)
  2. Badan panjang kepala tajam…..
  3. Bom apa yang tak meletup?(bomba)
  4. Binatang apa yang banyak duit?(beruang)
  5. Rambut apa yang boleh dimakan?(rambutan)

(TEKA-TEKI)8

  1. Atas nun ada apa?(itik)
  2. Kepala apa yang boleh ditukar?(kepala paip)
  3. Telur binatang apa yang paling besar?(ikan jerung)
  4. Gigi apa yang paling tajam?(gigi kapak)
  5. Binatang apa waktu malam dia hidup waktu siang dia mati?

(TEKA-TEKI)7

  1. Haiwan apa yang pandai bertaekwando?(kuda belang)
  2. Nasi apa yang tak boleh dimakan ?(nasihat)
  3. Bas apa yang ada dua tayar?(basikal)
  4. Binatang apa yang ada dua huruf?(uang)
  5. Dunia bermula dengan apa?(D)

(TEKA-TEKI)6

  1. Benda apa yang ada tiga mata, satu kaki?(lampu isyarat)
  2. Buah apa yang ada mata?(mata kucing)
  3. Benda apa yang mempunyai empat kaki, satu badan dan tiada kepala?(meja)
  4. Badan hitam kepala putih….(tahi cicak)
  5. Siang tidur malam berjaga…

(TEKA-TEKI)5

  1. Pergi terbang, balik berenang….(orang memancing)
  2. Bila kita tidur dia bangun ,bila kita bangun dia tidur?(kaki)
  3. Adik lari perlahan, kakak lari sederhana, abang lari laju?(jam)
  4. Benda apa yang kita makan di tepi sahaja, tidak di tengah?(donut)
  5. Naik cepat, turun lambat?(hingus)

(TEKA-TEKI)4

  1. Kuda apa yang tiada kaki?(kuda kepang)
  2. Hantu yang pandai bersilat ialah?(Hang Tuah)
  3. Ayam putih lompat pagar…(orang meludah)
  4. Kucing hitam panjat dinding…(kuali)
  5. Kalau nak guna kena buang kalau tak guna kena simpan?(jala)

(TEKA-TEKI)3

  1. Antara kereta,motosikal dan basikal..mana yang paling tua?(basikal)
  2. Binatang apa yang ada dua kepala,dua badan dan satu ekor?(ikan masin)
  3. Apa benda yang bila dikerat semakin panjang?(gelang getah)
  4. Bagaimana mahu masukkan 1000 ekor gajah ke dalam sebuah lori?(masukkan ekor sahaja)
  5. Binatang apa yang selalu membawa beg?(kambing)

(TEKA-TEKI)2

  1. Ikan apa yang paling kaya?(ikan emas)
  2. Binatang apa yang paling kedekut?(kuda)
  3. Ayam yang pandai main bola ialah ayam?(ayam belanda)
  4. Wau apa yang paling tinggi?(wau bulan)
  5. Telaga apa yang tiada air?(telaga buta)
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.