Pantun Patriotik

Sejuk sawah waktu pagi,

Cuaca gelap buka pelita,

Tumpahnya darah kami di sini,

Megah berdaulat pusaka bonda.

Berkayuh kolek ke Indragiri,

Memutih pasir di Kuala Pasai,

Tetap tegak kami berdiri,

Perjuangan panjang belum selesai.

Pohon meranti tumbuh berjajar,

Dibawa orang dari kuala,

Zaman kini penuh mencabar,

Maruah bangsa tetap dibela.

Cari ookan sampai bertemu,

Lautan gelora bukan halangan,

Anak watan mesti berlimu,

Kemajuan negara jadi taruhan.

Dataran berangan di tepi hutan,

Di hujung julai penuh berbunga,

Dengan pimpinan ketua berwawasan,

Nama Malaysia harum di dunia.

Pantun Raya 2

Penat sungguh membuat sekaya,

Tepung pelita tolong hidangkan,

Merdu sungguh takbir raya,

Marilah kita ke rumah Tuhan.

 

Pasang pelita belakang almari,

Janganlah lupa memasang tangkalnya,

Sambil kita memuji Ilahi,

Panjatkan doa pada yang tiada.

 

Makan akak bersama toyol,

Buah pala di panah petir,

Bila memasak kuih dan dodol,

Jangan pula kita membazir,

 

Kuih raya banyak jenisnya,

Silap cekau perut merana,

Jangan hanya bersalam saja,

Duit dan angpau turutlah serta.

 

Budak-budak main mercun,

Jangan sampai terbakar tangan,

Di Aidilfitri kita berhimpun,

Hulurkan tangan meminta ampun.

 

Anak zirafah dimakan buaya,

Buaya Tain makan kelapa,

Bila makan juadah raya,

Yang miskin jangan dilupa.

 

Ayam togel masak lemang,

Itik serati masak ketupat,

Hari raya hampir menjelang,

Kunjung-mengunjung menjadi adat.

 

Air cuka tumpah dianjung,

Anak sembilang buat hiasan,

Rumah terbuka mari berkunjung,

Makanan terhidang tolong habiskan.

 

Buah kedudu dibuat tepung,

Untuk berjimat di hari raya,

Bila memandu pulang ke kampung,

Sentiasa berhemat di jalan raya.

 

Sudah tiba Hari Raya,

Setelah kita sebulan berpuasa,

Hari Raya di sambut gembira,

Jangan pula ada yang berduka.

 

Pagi raya semua gembira,

Berjalan bersama rakan dan taulan,

Ketika enak menjamu selera,

Orang yang tiada jangan dilupakan.

 

Makan roti cicah kelapa,

Kelapa di beli dari buana,

Resah di hati gundah gulana,

Duit kami bagaimana?

 

Anak gorila gagah perkasa,

Amat terkenal di Kampung Sentosa,

Maaf andai terkasar bahasa,

Kami ucapkan Selamat Hari Raya.

 

Pohon saga juntainya berayun,

Dibuat galah mengait timba,

Timba berada  di dalam paya,

Warga Seri Geliga memohon ampun,

Silap dan salah jangan dicela,

Moga berbahagia di Hari Raya.

 

Jam

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi. Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.

Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut. Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang. Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.

Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu…beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya. “OOOO…patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt….!!”

Cinta Itu Buta?

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

“Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan,” kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, “Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang”…………

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.

Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
“Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan.” Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, “Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu”

“Apa-apa lah abang ni ?” tanya Yati tak faham.

“Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita,” kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di “ketiak! nya” dan
menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, “Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini……. boleh saya jumpa dia”

Amin: ????????????????.(bengang)
Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa…………………

Pantun Melayu Versi Otromen

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di’fire’ Ultraman
Ultraman yg baik dikenang jua

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman ‘fire’kan

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler

Mengata dulang paku serpih
Boleh fire terus lawan pulak lebih-lebih

Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di’fire’ pula

Orang berbudi kiter berbahaser
‘Fire’ diberi pada raksaser.

P10

Kalau anda bijak bestari,

Apakah benda dimaksudkan ini ,

Apabila dipusing nombor dikehendaki,

Teman bercakap dapat didengari.

P9

Beratus-ratus hitamnya biji,

Digoreng bukannya ikan,

Ditumbuk bukannya padi,

Kalau diminum menyegarkan.

P8

Wajah indah berseri-seri,

Siapa memandang tidaklah bosan,

Apabila siang menghilangkan diri,

Itulah saja yang menghairankan.

P7

Cuaca buruk keluarlah ia,

Berlari pantas tiada bandingannya,

Ia dianggap sangat berbahaya,

Membakar membunuh tak kira siapa.

P6

Kecil besar beraneka bentuknya,

Persegi empat dan bermacam lagi,

Menangkap rupa adalah tugasnya,

Tekalah wahai saudara dan saudari.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.