Sejuk sawah waktu pagi,
Cuaca gelap buka pelita,
Tumpahnya darah kami di sini,
Megah berdaulat pusaka bonda.
Berkayuh kolek ke Indragiri,
Memutih pasir di Kuala Pasai,
Tetap tegak kami berdiri,
Perjuangan panjang belum selesai.
Pohon meranti tumbuh berjajar,
Dibawa orang dari kuala,
Zaman kini penuh mencabar,
Maruah bangsa tetap dibela.
Cari ookan sampai bertemu,
Lautan gelora bukan halangan,
Anak watan mesti berlimu,
Kemajuan negara jadi taruhan.
Dataran berangan di tepi hutan,
Di hujung julai penuh berbunga,
Dengan pimpinan ketua berwawasan,
Nama Malaysia harum di dunia.
Filed under: PANTUN

































