Laporan Guru Bertugas Cikgu Hasal Masri
1.Buang Sampah-Murid masih buang sampah merata-rata terutamanya di tepi-tepi longkang sekitar kelas dan makmal.Tolong pastikan kelas dan kawasan sekitar kelas selasa untuk pengajaran dan pembelajaran.
Cikgu Zakaria memberikan pesanan:
1.Disiplin – Jika guru terlambat masuk ke kelas kerana ada mesyuarat dan sebagainya, ketua kelas hendaklah memastikan kelas dalam keadaan terkawal.Kalau perlu tulis nama siapa yang membuat bising.
2.Sampah –Sampah-sampah yang berada di kaki lima kelas hendaklah dikutip sekali semasa membersihkan kelas dan tidak hanya berharap makcik tukang sapu mengutipnya.
3.Kapur tulis – Jika kapur yang ada di dalam kelas habis, ketua hendaklah mengambilnya di pejabat sekolah.Jangan mengambil kapur terlalu banyak kerana akan disalahgunakan oleh murid-murid melakukan ’Perang saudara’ .
4.Ketua kelas – Jangan bagi muka kepada rakan-rakan melakukan perkara yang pelik dan menjadi kaki buli dan samseng di sekolah.Segera laporkan perkara yang melanggar peraturan kepada guru kelas.
5.Tahun 4 – Mulai esok mesti berada di sekolah tepat jam 7.30 pagi dan berkumpul di Dataran Perhimpunan Lama berhampiran blok tahun 4.
1.Solat Zohor Berjemaah
Solat Zohor berjemaah akan diadakan setiap hari di surau sekolah selepas waktu persekolahan.Murid –murid tahun 4,5 dan 6 adalah digalakkan solat dahulu sebelum masuk belajar ke kelas tambahan.
2.Sambutan Bulan Kemerdekaan bermula esok.Antara pertandingan yang diadakan ialah:
1.Pertandingan Mengarang Esei
Tahap:Dua
Tajuk :Sambutan Hari Kemerdekaaan
Tarikh Tutup : 25 Ogos 2008
Guru :Ustazah Julia dan Ustazah Naziran
2.Buku Skrap
Tahap:Dua
Tajuk :Hari Kemerdekaaan
Tarikh Tutup : 25 Ogos 2008
Guru : Cikgu Saodah
3.Pertandingan Tulisan Cantik
Tahap: Satu
Diadakan pada 25 0gos 2008
4. Kuiz Kemerdekaan
Berdasarkan kuiz terkumpul.Soalan – soalan akan dikemukakan berdasarkan tayangan video di kantin sekolah.Soalan akan dibacakan sebelum bacaan doa setiap hari.
Tahap
ua
Tarikh Hantar: 25 Ogos 2008
Cikgu: Cikgu Johan dan Cikgu Suriawati
Ucapan Cikgu Harun- Penolong Kanan HEM SKSG
1.Pendaftaran Murid Tahun Satu 2009 – Beliau berpesan agar murid-murid yang mempunyai adik yang mendaftar untuk tahun satu tahun hadapan agar memberitahu ibu-bapa untuk membuat pengesahan pendaftaran.Ini adalah kerana sekolah SKSG menghadapi kekurangan kelas.Jumlah murid terkini yang mendaftar ialah 250 sedangkan peruntukan kelas cuma 6 sahaja.
Filed under: DIARI SKSG


































