Laporan Guru Bertugas Mingguan
1.Kebersihan dalam kelas perlu dipertingkatkan.Buang sampah dalam tong yang telah disediakan.
2.Kebersihan Diri.Kebersihan diri dari rambut hingga kaki hendaklah sentiasa diambil cakna bagi memastikan pelajaran dapat diterima dengan baik.
Pesanan Guru Besar
1. Bila makan – Bertempat dan sisa makanan yang telah habis dimasukkan ke dalam tong sampah.
2. Tahun 6 - Mulai esok diharap agar dapat datang ke sekolah sebelum jam 7.30 kerana ada program 10 minit bersama guru.
3. Budaya Berlari – Tidak sesuai untuk semua keadaan kecuali semasa berada di padang.Budaya sentiasa berlari boleh ditukar kepada berjalan cepat.
4. Cara Belajar – Jaga makan untuk memastikan fizikal dan mental sentiasa dalam keadaan bersedia.Kurangkan makanan yang masam kerana boleh menjadikan kita cepat lupa.
Ko-kurikulum
Karnival Sukan Bawah 11 tahun Kemaman
Pencapaian:
1. Bola Jaring Tempat Ketiga
2. Ping pong
Lelaki-tempat ke-3 dan ke-4
Perempuan tempat pertama dan ke-2
Pertandingan Kebersihan Kelas Bulan Julai
Tahap 1 Kelas 2 Elit
Tahap 2 Kelas 5 Dinamik
Adik Siti Aishah Syazwani telah mewakili Sekolah Kebangsaan Seri Geliga dalam Pertandingan Pidato Piala Diraja .Berikut adalah pencapaian beliau.
Peringkat PKG – Tempat ketiga
Peringkat Daerah – Johan
Peringkat Negeri – Tempat kelima
Filed under: DIARI SKSG






































